KEMUDAHAN

  • DEWAN SOLAT UTAMA

    Dewan Solat Utama yang boleh memuatkan sehingga 4,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MKD mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

  • DEWAN SOLAT WANITA

    Dewan Solat Wanita yang berada di Aras 1 boleh memuatkan sehingga 1000 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MKD mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

  • PERPUSTAKAAN

    Perpustakaan Masjid MKD yang terletak di aras 1 sehingga kini mempunyai sejumlah 2500 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid MKD sendiri.

  • BILIK SEMINAR

    Dewan Seminar dilengkapi dengan 2 buah monitor yang boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk mesyuarat Masjid MKD dan mesyuarat anjuran agensi luar sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

  • BILIK KULIAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 20-30 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid MKD. sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

Scroll to Top